Hantar Resepi Anda

Kacang Peas Marvellous


BAHAN-BAHAN
1 tin besar kacang peas (dibuang airnya)
2 biji bawang besar (dimayang halus)
2 biji cili hijau (dihiris serong)
1 biji cili merah (dihiris serong)
1 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang (dihiris kecil-kecil seperti dalam gambar)
3 biji telur (dipukul sebentar)
½ sudu teh serbuk kari daging
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

LANGKAH PENYEDIAAN:
1)Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga sedikit keperangan. Masukkan daun kari, cili hijau, dan cili merah. Kacau sebentar.
2) Masukkan ubi kentang dan serbuk kari daging. Renjiskan sedikit air dan biar hingga ubi masak.
3) Masukkan garam. Kacau sebentar. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak ¾ .
4) Masukkan kacang peas dan kacau sebentar sahaja.
5) Angkat dan sedia untuk dihidang.
*Jangan kacau kacang terlalu lama, nanti kacang akan menjadi lembik..
*Sangat sedap dimakan bersama capati..
*Makanan yang penuh berkhasiat..

Sumber : Sendiri
blog comments powered by Disqus