Hantar Resepi Anda

Kuih Kaswi


BAHAN-BAHAN
Bahan A

300g gula Melaka/ merah
240g gula pasir
450ml air
2 helai daun pandan ( disimpulkan)
Bahan B
190g tepung gandum }
120g tepung ubi }
60g tepung beras }disatukan dan diayak
900ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)(xde pun xpe)
¾ camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat (xde pun xpe)
Bahan C
1 cawan kelapa parut putih
Sedikit garam

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Masukkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam satu periuk dan masak hingga mendidih dengan api yang kecil.
2) Di dalam bekas lain, masukkan tepung , air dan air kapur. Kacau hingga sebati (boleh juga diblend).
3) Sapukan sedikit marjerin ke dalam loyang. Tapis dan tuang adunan tepung tadi ke dalam loyang diikuti dengan adunan gula merah dll yang dididihkan tadi. Keluarkan daun pandan.
4) Kacau hingga kedua-dua adunan menjadi sebati.
5) Masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus dengan api yang sederhana selama 45 minit @ sehingga masak.
6) Selepas masak, sejukkan dahulu kuih tadi. Kemudian potong mengikut citarasa masing-masing dan gaulkan atau taburkan kelapa parut (yang telah digaul dengan garam) di atas kuih tadi.
7) Siap untuk dimakan.

Sumber: www. myresepi.com
blog comments powered by Disqus