Biskut Sarang Semut


BAHAN-BAHAN
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum - diayak
100 gm tepung kastard - di ayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

HIASAN
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil (warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Pukul kembang butter dan gula.
2) Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3) Masukkan tepung dan gaul rata.
4) Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper-cup.
5) Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 'C sampai masak.
7) Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: chetambiz.blogspot.com

blog comments powered by Disqus