Kari Ayam Mamak

BAHAN-BAHAN

½ ekor ayam (dipotong saiz sederhana)

3 atau 4 bii bawang besar (dimayang halus)

2 sudu makan kas-kas kisar*

4 atau 5 biji gajus (optional)*

½ sudu makan jintan putih, jintan manis dan lada hitam (yang dikisar sekali)*

2 sudu makan serbuk cili (digaul dengan sedikit air)

Sedikit serbuk kunyit

1 sudu makan bawang putih dan halia kisar

1 atau 2 biji cili hijau (dibelah 2 secara memanjang)

1 tangkai daun kari

1 biji tomato (kalau kecil ambil 2 biji)

3 biji ubi kentang bersaiz sederhana

1 sudu makan serbuk kari daging

Garam secukup rasa

*dikisar sekali

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Tumis bawang besar, daun kari, cili hijau dan tomato hingga wangi.

2) Masukkan bawang putih dan halia kisar.Kacau sebentar.

3) Masukkan serbuk cili yang telah digaul dengan air.

4) Kacau hingga naik minyak, barulah masukkan ayam dan sedikit serbuk kunyit.

5) Masukkan pula ubi kentang dan serbuk kari daging. Lihat kepekatan kari.Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit saja air.

6) Biarkan mendidih sebentar hingga bau cili hilang. Kemudian masukkan bahan yang dikisar *.

7) Masukkan garam secukup rasa.Tunggu sampai ubi kentang masak.

8) Tutup api. Sedia untuk dihidang


Sumber :Sendiri

Cakoi


BAHAN-BAHAN
1kg tepung gandum
1 paket yis kering}
1 cawan gula pasir}
3 ½ cawan air}
Sedikit garam}
2 biji telur} satukan
½ cawan minyak mazola
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh air kapur

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Satukan tepung gandum dan minyak mazola. Masukkan bahan yang telah dilarutkan dalam air.
2) Uli adunan hingga licin dan tak melekat pada tangan.
3) Tutup dengan tuala lembab dan biarkan hingga keesokan paginya.
4) Tumbuk adunan dan buang anginnya. Uli lagi hingga licin dan lembut.
5) Ambil sedikit adunan dan canaikan.
6) Potong bentuk memanjang 7x2 cm.
7) Guna lidi, celup dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
8) Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan,tekan sedikit di bahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
9) Ulangi proses dan goreng dengan minyak penuh dan api sederhana.

* Cakoi sangat sedap dimakan dengan kaya.


Sumber :www.myresipi.com

Rendang Daging


Bahan-bahan ( 6-7 orang makan )
1 kg daging lembu (daging batang pinang/daging biasa pun boleh)
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 2 cm lengkuas
* 2 cm kunyit hidup
* 2 batang serai (* dikisar)
14 biji cili kering (direndam dalam air panas dan dikisar lumat dgn sikit minyak masak)
1 paket santan serbuk / 200ml santan pekat (nak lebihkan santan pun boleh)
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur/ sedikit air asam jawa
1 helai daun kunyit (diracik halus)
1 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih dan 1 batang kulit kayu manis
gula & garam secukup rasa


LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Gaul daging dengan bahan2 kisar dan masukkan dalam kuali. Masukkan air dan gula. Masak hingga daging hampir empuk.
2) Di dalam kuali lain, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih dengan sedikit minyak.
3) Masukkan daging yang telah masak tadi. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sampai hilang bau cili. Kalau daging tak masak lagi boleh ditambah air.
4) Masukkan santan, kerisik, asam gelugur/ air asam jawa & daun kunyit. Masak lagi hingga daging benar2 lembut.
5) Masukkan garam secukup rasa. Kecilkan api dan biarkan kering.
* Kalau suka rendang tu basah-basah sikit jangan masak sampai kering sangat.


Sumber :Sendiri

Sayur Petola


BAHAN-BAHAN

2 batang petola bersaiz kecil (dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil)
1 biji telur
½ camca teh serbuk jintan putih (kalau x de pun xpe)
1 camca teh serbuk kari daging
¼ camca teh serbuk kunyit
2 biji cili kering
½ camca teh biji sawi
1 biji bawang besar (dimayang)
Minyak untuk menumis


LANGKAH PENYEDIAAN:
1) Tumis bawang besar, cili kering dan biji sawi.
2) Masukkan petola yang telah dipotong tadi.
3) Masukkan juga serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk kari daging dan garam. Kacau hingga semua serbuk tadi sebati dengan petola. Kecilkan api dan biarkan hingga petola masak (tidak perlu tambahkan air kerana sayur petola akan mengeluarkan airnya sendiri).
4) Pecahkan telur ke dalam sayur petola tadi dan kacau hingga telur hancur. Masak sebentar hingga telur masak. Angkat dan hidang.

Sumber: Sendiri

Kacang Peas Marvellous


BAHAN-BAHAN
1 tin besar kacang peas (dibuang airnya)
2 biji bawang besar (dimayang halus)
2 biji cili hijau (dihiris serong)
1 biji cili merah (dihiris serong)
1 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang (dihiris kecil-kecil seperti dalam gambar)
3 biji telur (dipukul sebentar)
½ sudu teh serbuk kari daging
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

LANGKAH PENYEDIAAN:
1)Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga sedikit keperangan. Masukkan daun kari, cili hijau, dan cili merah. Kacau sebentar.
2) Masukkan ubi kentang dan serbuk kari daging. Renjiskan sedikit air dan biar hingga ubi masak.
3) Masukkan garam. Kacau sebentar. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak ¾ .
4) Masukkan kacang peas dan kacau sebentar sahaja.
5) Angkat dan sedia untuk dihidang.
*Jangan kacau kacang terlalu lama, nanti kacang akan menjadi lembik..
*Sangat sedap dimakan bersama capati..
*Makanan yang penuh berkhasiat..

Sumber : Sendiri

Uppuma


BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung suji
1 cawan santan
1 labu bawang besar
2 biji cili kering
2 tangkai daun kari
½ sudu teh biji sawi
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

LANGKAH PENYEDIAAN:
1) Goreng sebentar tepung suji tanpa minyak. Ketepikan.
2) Tumis bawang ,cili kering, biji sawi dan daun kari hingga wangi.
3) Masukkan air dan santan. Masukkan garam secukup rasa. Biar hingga mendidih.
4) Perlahankan api. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga tepung habis.
5) Kacau hingga air kering. Siap untuk dihidang.
*Sedap dimakan bersama gula, santan dan gula, atau kari.

Sumber : Sendiri

Apam Eno


BAHAN-BAHAN
300g tepung beras
8 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yis segera
300ml air
3 sudu kecil ENO(paket biru) untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk I warna)
Pewarna merah dan hijau

LANGKAH PENYEDIAAN:
1) Tepung dibancuh dengan air.Kemudian masukkan yis dan gaul hingga sebati. Biarkan semalaman.
2) Bancuhan tepung dibahagi tiga. Satu letak warna merah, hijau dan warna asal.
3) Masuk 1 sudu kecil ENO untuk satu warna. Kacau biar berbuih.
4)Panaskan periuk kukus. Apabila mendidih, letak acuan sekejap di dalam periuk kukus. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan.Kukus selama ><>

Kuih Kaswi


BAHAN-BAHAN
Bahan A

300g gula Melaka/ merah
240g gula pasir
450ml air
2 helai daun pandan ( disimpulkan)
Bahan B
190g tepung gandum }
120g tepung ubi }
60g tepung beras }disatukan dan diayak
900ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)(xde pun xpe)
¾ camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat (xde pun xpe)
Bahan C
1 cawan kelapa parut putih
Sedikit garam

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Masukkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam satu periuk dan masak hingga mendidih dengan api yang kecil.
2) Di dalam bekas lain, masukkan tepung , air dan air kapur. Kacau hingga sebati (boleh juga diblend).
3) Sapukan sedikit marjerin ke dalam loyang. Tapis dan tuang adunan tepung tadi ke dalam loyang diikuti dengan adunan gula merah dll yang dididihkan tadi. Keluarkan daun pandan.
4) Kacau hingga kedua-dua adunan menjadi sebati.
5) Masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus dengan api yang sederhana selama 45 minit @ sehingga masak.
6) Selepas masak, sejukkan dahulu kuih tadi. Kemudian potong mengikut citarasa masing-masing dan gaulkan atau taburkan kelapa parut (yang telah digaul dengan garam) di atas kuih tadi.
7) Siap untuk dimakan.

Sumber: www. myresepi.com