BAHAN-BAHAN
1 mangkuk nasi putih
100 gm ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
1 cm halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu cili boh
Cili merah (dihiris)
Cili hijau (dipotong memanjang)
Bunga kubis
Daun bawang (dihiris)
Sedikit kicap cair
Garam dan serbuk perasa
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan sedikit bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia sehingga wangi.Masukkan ayam dan masak sebentar.
2) Kemudian masukkan cili boh dan kacau selama 1 minit. Selepas itu masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, lobak merah,kicap cair, bunga kubis, daun bawang dan nasi.
3) Kacau semua bahan-bahan ini sehingga sebati dan sama rata.
4) Biarkan selama 2 minit kemudian angkat. Hiaskan dengan daun salad, cili merah yang dipotong berjurai-jurai.
5) Taburkan bawang goreng di atas nasi ketika menghidang.
Sumber: resepi masakan melayu