BAHAN-BAHAN
Bahan A :
7 gelas air
1 gelas gula
1 paket agar-agar (25gm)
Bahan B :
2 sudu marjerin
½ gelas gula
3 sudu tepung jagung
4 biji telur (kuning sahaja)
1 penutup esen vanilla
1 tin susu cair
Pewarna kuning, hijau, merah, koko
*Bahan A dididihkan. *Bahan B digaul hingga sebati di dalam bekas lain.
LANGKAH PENYEDIAAN :
1)Campuran bahan B dimasukkan ke dalam bahan A yang telah didih. Kecilkan api.
2)Kacau sebentar (2-3 minit).
3)Tapis dan tuang ke dalam 4 bekas yang berasingan
*warna kuning paling banyak, diikuti warna hijau, kemudian warna merah dan yang paling sedikit adalah warna koko.
4)Di dalam talam ,tuang adunan kuning sedikit sahaja diikuti dengan warna hijau, merah, dan koko.
5)Ulang langkah 4 sehingga adunan tersebut habis.
6)Biarkan sebentar dan selepas itu masukkan ke dalam peti ais.
*Talam hendaklah dibasahkan dengan air terlebih dahulu. *Proses menuang adunan hendaklah dilakukan dengan segera kerana agar- agar tersebut akan cepat mengeras.
Sumber: Sendiri