Aiskrim Goreng


BAHAN-BAHAN ( 5 orang )
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
2) Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
3) Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
4) Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dengan conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim daripada beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
5) Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik berisi conflakes dan walnuts. Goncangkannya agar keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ini sekali lagi.
6) Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
*Minyak yang digunakan untuk menggoreng aiskrim ini biarlah betul-betul panas iaitu 200 degree.
Sumber: www.myresepi.com
blog comments powered by Disqus