Biskut Kelapa Delima


BAHAN-BAHAN ( 120-130 keping )
225g tepung jagung "Brown & Polson" (cap kupu2)*
150g tepung gandum*
½ camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125g gula aising
75g kelapa kering, dikisar halus
25g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
½ camca teh esen vanilla
155g mentega
HIASAN
Ceri merah, didadu kecil
Kelapa kering
Kuning telur, untuk sapuan

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama-sama tepung tadi. Ketepikan.
2) Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan-akan serbuk roti.
3) Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat-bulatkan doh dan tutup dengan tuala lembap.
4) Canai doh setebal ½ cm, terap dengan acuan kegemaran dan susun dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
5) Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber:www.myresepi.com
blog comments powered by Disqus