Biskut Badam


BAHAN-BAHAN
120gm butter
80gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t esen vanilla
60gm badam kisar
180gm tepung gandum
Hiasan
badam
kuning telur untuk sapuan
coklat putih & manik warna

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2) Masukkan telur dan esen vanilla dan gaulkan lagi.
3) Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4) Canai dan ratakan adunan.
5) Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam dan sapukan kuning telur di atasnya.
Taburkan sedikit manik warna di atasnya.
6) Bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7) Picitkan sedikit coklat putih di atas biskut tadi. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Sumber: hanieliza.fotopages.com
blog comments powered by Disqus