Buah Melaka


BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung pulut
1 keping gula melaka
3 helai daun pandan
1 cawan kelapa parut
sedikit air kapur
sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Kisar daun pandan yang dipotong bersama sedikit air hingga hancur.

2) Tapis dan ambil airnya dan campurkan sedikit pewarna hijau. Setelah itu, potong dadu gula melaka.

3) Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa parut dan gaul hingga sebati.

4) Gaulkan tepung pulut dengan sedikit garam, air kapur dan air perahan daun pandan tadi.

5) Tambahkan air dan uli sehingga membentuk doh.

6) Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan sebiji kecil gula melaka di bahagian tengahnya.

7) Rapatkan tepinya supaya gula tidak terkeluar dan bentukkan bulat.

8) Ulang proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk. Sementara itu, didihkan air.

9) Setelah selesai membentuk kuih tadi, masukkan ke dalam air mendidih dan biarkan seketika. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak.

10) Angkat dan toskan airnya dan terus masukkan ke dalam mangkuk berisi kelapa parut.

11) Golek-golekkan hingga permukaan kuih diselaputi dengan kelapa parut.

12)Kuih buah melaka sedia untuk dihidang.


Sumber: www.trymasak.my
blog comments powered by Disqus