Cucur Badak


BAHAN-BAHAN

1 ketul ubi keledek
1 cawan kelapa parut
1 cawan tepung gandum

2 sudu besar pes cili
2 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
sedikit garam

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Rebus ubi keledek yang sudah dibersihkan bersama sedikit garam hingga lembut.

Untuk menyediakan intinya,

1) Tumbuk bawang putih hingga lumat diikuti dengan udang kering.

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing diikuti dengan pes cili.

3) Goreng hingga pecah minyak dan masukkan kelapa parut diikuti dengan gula. Kacau hingga semua bahan sebati.

4) Lenyek ubi keledek hingga hancur dan gaul dengan tepung gandum hingga membentuk doh.

5) Ambil sedikit dan bentukkan bulat. Kemudian leperkan dan masukkan inti di bahagian tengahnya.

6) Rapatkan bahagian tepi supaya inti tidak terkeluar dan bentukkan bulat.

7) Ulang langkah yang sama hingga semua doh habis.

8) Panaskan minyak dan goreng kuih tadi. Balik-balikkan dan biarkan hingga masak keperangan.

9) Angkat dan toskan minyaknya.

10) Kuih cucur badak sedia untuk dihidang.

Sumber: www.trymasak .my

blog comments powered by Disqus