Ikan Keli Berlada


BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dikelar badannya

Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)

Serbuk kunyit & garam

Minyak untuk menggoreng

4 biji cili masak (boleh juga ditambah dgn Cili api kalau suka extra pedas)

3 biji bawang merah

2 biji bawang putih

1 labu bawang besar

sedikit halia

asam jawa, gula, garam & serbuk perasa secukupnya


LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa hingga hilang lendir.

2) Gaulkan ikan keli dengan kunyit & garam dan kemudian digoreng sampai garing.

3) Kisarkan cili masak, bawang merah, bawang putih & halia. Tumiskan hingga naik bau.

4) Masukkan air asam jawa, gula, garam & serbuk perasa secukupnya.

5) Jika suka akan sambal yang agak berkuah, boleh tambahkan air & biarkan menggelegak.

6) Masukkan pula bawang besar yang dihiris dan biarkan hingga layu.

7) Akhir sekali masukkan ikan keli yang sudah digoreng & balik-balikkan. Cepat-cepat tutup api supaya ikan tidak jadi lembik.
Sumber: www.halaqah.net
blog comments powered by Disqus