Ayam Merah Pedas


BAHAN-BAHAN
400gm ayam
4 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1cm halia
4 sudu pes cili
4 sudu sos cili
1 sudu kacang pis
Serbuk kunyit secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Tumbuk bawang putih, serbuk kunyit, dan garam hingga lumat.

2) Gaulkan kepada ayam dan perap seketika.

3) Goreng ayam. Biarkan ayam garing.

4) Dalam kuali berlainan, tumis bawang putih (dicincang halus) hingga wangi, diikuti dengan bawang merah.

5) Apabila bawang merah layu, masukkan halia (dimayang) dan kacau hingga naik bau.

6) Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.

7) Masukkan gula, garam, dan bawang besar yang dipotong bulat. Biar hingga bawang layu.

8) Masukkan sos cili. Kacau hingga pecah minyak.

9) Apabila ayam garing, masukkan ke dalam sos dan gaul sebati.

10) Masukkan kacang pis. Gaul sedikit dan hidang.

Sumber: www.trymasak.my
blog comments powered by Disqus