Kuih Lapis


BAHAN-BAHAN
1 ¾ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
Secubit garam
Pewarna merah

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Tepung gandum & tepung ubi diayak bersama. Ketepikan.
2) Di dalam bekas lain, masukkan gula & santan. Kacau hingga gula hancur.
3) Masukkan tepung tadi dan kacau rata hingga tidak bergentel. Masukkan garam.
4) Adunan di bahagi 2 bahagian (1 putih, 1 lagi merah).
5) Kukus air hingga menggelegak.
6) Masukkan loyang dan sesenduk adunan putih. Tutup dan kukus selama 3 minit @ masak sedikit.
7) Kemudian diselangkan dengan adunan warna merah. Kukus selama 3 minit.
8) Ulang kaedah di atas sehingga adunan habis( kalau nak cantik buat 6 lapis).
9) Setelah adunan habis, kukus lagi selama >< 20 minit agar kuih tersebut betul-betul masak.
blog comments powered by Disqus