Kuih Rengas



BAHAN-BAHAN

1 cawan kacang hijau
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
secubit kapur - dicair dengan sedikit air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Didihkan kacang hijau bersama air dan garam. Biarkan hingga kacang hancur. (Proses ini mengambil sedikit masa.)
2) Masukkan gula. Kacau hingga gula hancur dan sebati bersama kacang.
3) Setelah agak kering, tutup api dan biar sejuk.
4) Bentukkan kacang menjadi bulat dan leper. Ketepikan.
5) Campurkan tepung, garam, kapur, pewarna kuning dan air. Kacau hingga adunan sebati dan likat.
6) Celup kacang ke dalam adunan tepung. Goreng hingga garing dan masak sebelum dihidang.

Sumber: www. trymasak.my
blog comments powered by Disqus