Murtabak Maggi


BAHAN-BAHAN

6 biji telur
2 bungkus maggi perasa kari
1 cawan isi ayam yang didadu
1/2 cwn udang yang didadu
Daun bawang dihiris
Bawang besar sebiji dihiris (yang kecil)
Cili merah dihiris
Sedikit garam
Sedikit lada sulah


CARA PENYEDIAAN

masak maggi mee dalam air mendidih selama 2 minit dan toskan. Ketepikan.

Isi ayam dan udang itu gorengkan sedikit supaya masak sedikit.

Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Apabila layu, angkat dan ketepikan.

Pecah telur-telur tadi. Masukkan garam, lada sulah dan perencah kari maggi dan kacau.

Kemudian masukkan ayam dan udang tadi dan masukkan maggi mee.

Siapkan kuali. Goreng bahan-bahan tadi dengan minyak yang sedikit. Biarkan ia jadi seperti murtabak/telur dadar yang tebal.

Setelah masak sebelah terbalikkan sebelah lagi. Biarkan ia masak betul-betul. Kemudian hidangkan. Lebih enak lagi jika dimakan dengan sos.


sumber : www.resepi.net
blog comments powered by Disqus