Bingka Ubi Kayu


BAHAN-BAHAN

4 cawan ubi kayu siap diparut
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
setitik dua pewarna kuning telur


LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata. Tambah 1 sudu besar gula lagi jika ingin lebih manis.
2) Panaskan loyang pada suhu 190 darjah (api atas dan bawah). Lengserkan loyang dengan margerin.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan. Letak di rak paling bawah dalam ketuhar. Bakar hingga masak selama 1 - 1 ½ jam. Keluarkan daripada ketuhar apabila bingka keperangan di bahagian atasnya.
4) Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Sumber: periuktanah.blogspot.com

blog comments powered by Disqus