BAHAN-BAHAN
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat-siatkan)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 pokok daun bawang (dihiris)
garam ikut suka
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Panaskan minyak dan tumis cili, kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.
2) Biarkan selama 5 minit, kemudian masukkan telur sambil dikacau-kacau.
3) Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.
4) Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang taburkan daun bawang.
Sumber: resepi masakan melayu