Nasi Dagang


BAHAN-BAHAN
1 kg beras (direndam semalaman)
300 gm beras pulut (direndam semalaman)
2½ cawan santan
1.2 cm halia (diracik)
10 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
1 sudu teh halba
Sedikit garam dan gula

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Beras dan pulut ditoskan kemudian dikukus sampai masak.
2) Masak santan, gula dan garam hingga mendidih. Masukkan nasi serta bahan yang diracik dan halba.
3) Kacau rata-rata kemudian dikukus lagi sampai lembut dan berminyak.

Sumber: resepi masakan melayu
blog comments powered by Disqus