Puding Trifle

gambar hiasan

BAHAN-BAHAN( 5-7orang )

1 tin susu cair

1 sd besar gula

4 sd besar tepung kastard

1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard

½ biji kek gulung sederhana saiznya

1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya

1 peket agar-agar jeli kristal Nona

1 mangkuk air panas

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.

2) Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.

3) Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.

4) Masukkan buah-buahan tin hingga habis.

5) Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.

6) Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.

7) Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Sumber: www.myresepi.com

blog comments powered by Disqus