Sotong Percik


BAHAN-BAHAN ( 6 orang )
8 ekor sotong yang besar
10 biji cili kering (**)
5 biji cili padi (**)
5 biji cili merah (**)
1 labu bawang besar (**)
2" halia (**)
2" lengkuas (**)
2 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam
Garam dan perasa secukupnya

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Bersihkan sotong dan potong mengikut citarasa masing-masing.
2) Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun di dalam pinggan.
3) Kisar bahan-bahan bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4) Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam berserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
5) Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan.
6) Siap untuk dihidang.
Sumber: www.myresepi.com
blog comments powered by Disqus