Hantar Resepi Anda

Tart Nenas Gulung


BAHAN-BAHAN
1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
20gm gula
40gm tepung jagung
50gm tepung kastard
20gm susu tepung (boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240gm tepung gandum

1 biji kuning telur + beberapa titik pewarna kuning telur untuk sapuan.
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Sebatikan telur, butter, gula dan esen vanila. ( baya hanya guna spatula sahaja)
2) Masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Gaul sebati.
3) Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
4) Selepas itu, masukkan dalam acuan tart gulung tekan keluar, letak jem dan gulung.
5) Bakar 350F selama 17-19 minit.
*Jika adunan ini masih melekit dekat tangan kena masuk sedikit tepung. Rasanya tidak banyak dalam 10 gram sahaja. Jika adunan kering pula, kena masukkan butter sedikit sahaja. Sentiasa tutup adunan ini dengan tuala atau tisu atau cling sepaya adunan ini tidak kering. Cuba tekan dengan menggunakan adunan. Jika ia keluar elok dan tak putus-putus, maka adunan itu menjadi, seeloknya dicuba terus . Tekan sekeping lepas itu letak jem.Cuba gulung kalau tidak merekah maknanya adunan itu dah elok. Akhir sekali, sapukan kuning telur.


Sumber: www.resepi.net
blog comments powered by Disqus