Udang Mentega / Buttered Prawn


BAHAN-BAHAN
400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
5 sudu besar butter
3 biji telur kuning- dipukul sedikit
4 biji cili api- dipotong 2
2 tangkai daun kari (digoreng dahulu supaya rangup)
¼ cawan susu cair
2 ulas bawang putih- dicincang
Lada sulah, gula & garam (perasa)

LANGKAH PENYEDIAAN:
1) Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2) Tambah butter selebihnya atas api sederhana dan masukkan bawang putih. Kacau.
3) Masukkan telur, kacau selalu (boleh juga titikkan guna hujung garfu bagi mendapatkan tekstur telur yang halus).
4) Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa sambil kacau selalu.
5) Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.
Sumber: www.myresepi.com
blog comments powered by Disqus