Kari Kambing Mamak



BAHAN-BAHAN
1 kg daging kambing (dipotong kecil-kecil)
3 biji bawang besar (dimayang halus)
3 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan serbuk kas-kas (direndam sebentar dgn air panas dan dikisar)
6/7 biji badam (dikisar lumat)
1 biji tomato (dibelah 4)
3 sudu makan (bawang putih & halia kisar)
4 biji ubi kentang (dibelah 4)
2 tangkai daun kari
½ suduteh jintan manis (dikisar)
½ suduteh lada hitam (dikisar)
1 sudu makan jintan putih (dikisar)
1 biji kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
Garam

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Tumis bawang besar, kulit kayu manis, dan bunga lawang sehingga wangi. Masukkan daun kari dan tomato.
2) Masukkan pes halia dan bawang putih.
3) Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
4) Kemudian masukkan daging kambing dan sedikit serbuk kunyit. Masukkan juga sedikit garam dan biar daging masak dengan api yang sangat kecil.
5) Campurkan jintan putih, jintan manis, lada hitam, kas-kas dan badam yang dikisar ke dalam air mengikut kepekatan yang disukai. Masukkan campuran tadi ke dalam periuk, diikuti denagn ubi kentang.
6) Biarkan mendidih sehingga ubi kentang masak. Kari kambing sedia untuk dimakan.
*Kari kambing sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi briyani.

Sumber: Sendiri
blog comments powered by Disqus