Bingka Tepung Beras


BAHAN-BAHAN (hidangan untuk 10 orang)
300 gm tepung beras
150 gm gula pasir
1 sudu teh garam
1000 ml santan daripada sebiji kelapa
4 helai daun pandan dikisar halus- ramas dengan ½ cawan air dan dapatkan patinya
sedikit pewarna hijau


LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul dengan whisk hingga sebati. (boleh juga campur semua bahan di dalam mangkuk lain dan kemudian tapis ke dalam periuk agar tidak berketul) Hidupkan api sederhana dan kacau sentiasa.

2) Apabila bancuhan mula berketul, perlahankan api dan terus mengacau hingga hampir pekat.

3) Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak atau margerin dan ratakan.

4) Bakar pada suhu 300 darjah celsius selama 30 minit atau bahagian atasnya keperangan.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Seeloknya, masak di waktu malam untuk hidangan pagi.
blog comments powered by Disqus