Salmon Butter Lemon


BAHAN-BAHAN

2 potong ikan salmon
2 + 1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar butter
½ sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya (3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch


LANGKAH PENYEDIAAN

1) Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. Sapukan dengan tepung gandum.

2) Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun. Apabila minyak zaitun panas, besarkan api dan masukkan salmon.

3) Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi.

4) Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.

5) Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruap dan sos lemon melekat kat sudu.

6) Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.

7) Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon, pinggan tu panas sekejap dengan microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.


Sumber: www.iluvislam.com
blog comments powered by Disqus