BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
1 batang kulit kayu manis
1 batang lobak merah (disagat kasar)
2 helai daun pandan (diikat)
3 sudu makan serbuk briyani/ garam masala
5 ketul ayam
2 batang cili merah (dihiris tengah)
1 ½ cawan susu cair
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak sapi
BAHAN HIASAN:
Bawang goreng
Daun pudina
Kacang peas
Gajus
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Goreng gajus hingga garing menggunakan minyak sapi. Angkat dan ketepikan.
2) Dalam minyak yang sama, tumiskan kulit kayu manis ,cili merah, daun pandan, pes halia dan bawang putih, ayam, serbuk briyani dan sedikit garam. Masak sebentar. Kemudian masukkan lobak merah. Ketepikan.
3) Untuk nasi, basuh beras basmathi dan sukat air (5 cawan beras : 6 cawan air dan 1 ½ cawan susu cair).
4) Masukkan ayam yang telah dimasak sebentar tadi ke dalam nasi dan gaul hingga sebati.Masukkan garam secukup rasa. Tanak nasi menggunakan ‘rice cooker’ hingga masak.
5) Selepas masak, taburkan gajus, kacang peas, daun pudina dan bawang goreng.
Sumber : Sendiri