Pulut Udang


BAHAN-BAHAN:
Bahan inti:
100 gm udang
4 biji cili kering
2 batang serai
10 ulas bawang merah
½ sudu jintan manis
1 sudu besar minyak masak
Gula
Garam

Bahan pulut:

900 gm pulut
1 biji kelapa
Garam
Daun pisang
Lidi

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Untuk membuat inti, udang dipotong kecil-kecil.

2) Cili kering dimesin bersama jintan manis.

3) Serai dan bawang merah dihiris halus.

4) Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan jintan manis tadi serta kacau.

5) Masukkan kelapa parut dan serai, garam, gula, udang dan bawang merah.

6) Kacau hingga masak dan ketepikan.

7) Rendam beras pulut semalaman. Bersihkan dan kukus hingga masak.

8) Pulut ini digaul bersama santan yang telah bercampur sedikit garam.

9) Layur daun pisang dan potong 7.5 x 15 cm.

10) Ambil 2 sudu besar pulut dan letakkan atas daun pisang tadi dan tekan pulut supaya leper.

11) Letakkan inti di bahagian dan gulung pulut berlapikkan daun pisang.

12) Matikan dengan lidi di hujung dan pangkal pulut udang ini.

13) Bakar pulut di atas api hingga sederhana garing.

Sumber: www.mesra.net
blog comments powered by Disqus