Sayur Karot dan Buncis


BAHAN-BAHAN
1 batang lobak merah (dibelah 4 memanjang dan dihiris nipis-nipis)
10 biji kacang buncis (dihiris serong)
2 biji cili kering (dipotong 2)
½ biji bawang besar (dimayang halus)
1 sudu teh serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji sawi
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak jagung/ minyak masak

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Panaskan minyak.Tumis bawang besar, cili kering dan biji sawi.
2) Masukkan lobak merah dan kacang buncis.
3) Masukkan juga serbuk kari daging, serbuk kunyit dan garam.Masak sebentar. Siap.
*Sayur ini sedap dimakan dengan nasi dan kari ikan atau sambal ikan.

Sumber: Sendiri
blog comments powered by Disqus