Karot dan Ubi Kentang


BAHAN-BAHAN
1 batang lobak merah
2 biji ubi kentang
1/2 sudu teh biji sawi
1 sudu teh serbuk kari daging
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
2 batang cili kering
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun kari
1 biji telur

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Mula-mula, potong karot dan ubi kentang dalam bentuk kiub yang kecil-kecil seperti dalam gambar.
2) Tumiskan bawang besar, daun kari, biji sawi dan cili kering sehingga wangi.
3) Masukkan lobak merah dan ubi kentang diikuti dengan garam , serbuk kunyit dan serbuk kari daging.
4) Masak sampai ubi dan lobak menjadi lembut.
5) Pecahkan telur dalam kuali yang sama dan kacau hingga sebati.Siap untuk dihidang.
*Sedap dimakan bersama nasi dan kari ikan.

Sumber: Sendiri
blog comments powered by Disqus