Hantar Resepi Anda

Cempedak Goreng


BAHAN-BAHAN
buah cempedak [ambil isi saja]
minyak

Bahan bater
2 cawan tepung beras
1 biji telur [gred c]
garam
kunyit
sedikit air kapur
air secukupnya

LANGKAH PENYEDIAAN:

1) Bancuhkan bahan bater sehingga cukup cair.
2) Panaskan minyak yang banyak dalam kuali sehingga cukup panas.
3) Celupkan buah cempedak dalam adunan bater dan masukkan ke dalam kuali.
4) Gorengkan sehingga kuning keemasan.
5) Apabila dah nampak agak garing angkat dan toskan.
6) Hidangkan.
*Jangan gunakan api yang perlahan kerana cempedak itu akan menyerap minyak.

Sumber: hanieliza.fotopages.com
blog comments powered by Disqus