Hantar Resepi Anda

Bun Kelapa


BAHAN-BAHAN

Bahan untuk bun
200g tepung roti
10g marjerin
5g ibu roti
125ml air (separuh daripadanya air dan separuh lagi susu UHT)
1/4 sudu teh gula
4g shortening(menjadikan bun sangat lembut.tak de pun tak pe)
secubit garam

Bahan untuk inti
1/2 biji kelapa
3 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih (kalau tak cukup manis boleh tambah gula)
*Didihkan sedikit air di dalam kuali.Cairkan gula merah.Masukkan kelapa dan gula putih.Masak hingga kering sedikit.


LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Masukkan tepung roti ke dalam satu bekas.
2) Masukkan merjerin.Ratakan merjerin dengan tepung.
3) Di dalam bekas yang lain,bancuh ibu roti, gula dan air.
4) Campur semua bahan dan uli.
5) Tutup dengan kain yang lembab. dan pastikan doh itu menjadi 2 kali ganda saiznya.
6) Uli balik dan bentukkan ikut saiz.
7) Leperkan dan isikan inti kelapa.Biarkan sehingga kembang kembali.
8) Sapukan bancuhan yang sedikit pekat (kuning telur dan susu)@ 'egg wash'.
9) Bakar dengan suhu 200c, 20-25 minit.
10) Selepas siap dibakar, sapukan marjerin supaya bun berkilat.(sapukan semasa bun masih panas)


Sumber :Sendiri

blog comments powered by Disqus