Terung Tumis Bilis


BAHAN-BAHAN
2 batang terung panjang
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 genggam cili kering kisar
Gula
Garam

LANGKAH PENYEDIAAN:
1) Terung dipotong panjang-panjang dan digoreng.
2) Bawang besar, bawang putih, halia, dan ikan bilis ditumbuk kasar.
3) Tumis bahan 2) hingga naik bau.
4) Masukkan cili kering kisar. Kacau hingga pecah minyak.
5) Masukkan garam dan gula. Apabila sudah betul-betul masak, baru masukkan terung yang telah digoreng tadi.


Sumber: myresepi.com
blog comments powered by Disqus