Kuih Sagu


BAHAN-BAHAN
150 gm sagu putih
2 cawan air
½ cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam


LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Masak gula dengan air hingga gula larut.
2) Masukkan pewarna dan daun pandan.
3) Masukkan sagu dan sentiasa kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
4) Apabila dah pekat, tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan dan sejukkan.
5) Bila benar-benar sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
6) Siap untuk dihidang.



Sumber: sudipkayu.blogspot.com
blog comments powered by Disqus