Sayur Petola


BAHAN-BAHAN

2 batang petola bersaiz kecil (dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil)
1 biji telur
½ camca teh serbuk jintan putih (kalau x de pun xpe)
1 camca teh serbuk kari daging
¼ camca teh serbuk kunyit
2 biji cili kering
½ camca teh biji sawi
1 biji bawang besar (dimayang)
Minyak untuk menumis


LANGKAH PENYEDIAAN:
1) Tumis bawang besar, cili kering dan biji sawi.
2) Masukkan petola yang telah dipotong tadi.
3) Masukkan juga serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk kari daging dan garam. Kacau hingga semua serbuk tadi sebati dengan petola. Kecilkan api dan biarkan hingga petola masak (tidak perlu tambahkan air kerana sayur petola akan mengeluarkan airnya sendiri).
4) Pecahkan telur ke dalam sayur petola tadi dan kacau hingga telur hancur. Masak sebentar hingga telur masak. Angkat dan hidang.

Sumber: Sendiri
blog comments powered by Disqus