Uppuma


BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung suji
1 cawan santan
1 labu bawang besar
2 biji cili kering
2 tangkai daun kari
½ sudu teh biji sawi
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

LANGKAH PENYEDIAAN:
1) Goreng sebentar tepung suji tanpa minyak. Ketepikan.
2) Tumis bawang ,cili kering, biji sawi dan daun kari hingga wangi.
3) Masukkan air dan santan. Masukkan garam secukup rasa. Biar hingga mendidih.
4) Perlahankan api. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga tepung habis.
5) Kacau hingga air kering. Siap untuk dihidang.
*Sedap dimakan bersama gula, santan dan gula, atau kari.

Sumber : Sendiri
blog comments powered by Disqus