Kari Ayam Mamak

BAHAN-BAHAN

½ ekor ayam (dipotong saiz sederhana)

3 atau 4 bii bawang besar (dimayang halus)

2 sudu makan kas-kas kisar*

4 atau 5 biji gajus (optional)*

½ sudu makan jintan putih, jintan manis dan lada hitam (yang dikisar sekali)*

2 sudu makan serbuk cili (digaul dengan sedikit air)

Sedikit serbuk kunyit

1 sudu makan bawang putih dan halia kisar

1 atau 2 biji cili hijau (dibelah 2 secara memanjang)

1 tangkai daun kari

1 biji tomato (kalau kecil ambil 2 biji)

3 biji ubi kentang bersaiz sederhana

1 sudu makan serbuk kari daging

Garam secukup rasa

*dikisar sekali

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Tumis bawang besar, daun kari, cili hijau dan tomato hingga wangi.

2) Masukkan bawang putih dan halia kisar.Kacau sebentar.

3) Masukkan serbuk cili yang telah digaul dengan air.

4) Kacau hingga naik minyak, barulah masukkan ayam dan sedikit serbuk kunyit.

5) Masukkan pula ubi kentang dan serbuk kari daging. Lihat kepekatan kari.Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit saja air.

6) Biarkan mendidih sebentar hingga bau cili hilang. Kemudian masukkan bahan yang dikisar *.

7) Masukkan garam secukup rasa.Tunggu sampai ubi kentang masak.

8) Tutup api. Sedia untuk dihidang


Sumber :Sendiri

blog comments powered by Disqus