Cakoi


BAHAN-BAHAN
1kg tepung gandum
1 paket yis kering}
1 cawan gula pasir}
3 ½ cawan air}
Sedikit garam}
2 biji telur} satukan
½ cawan minyak mazola
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh air kapur

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Satukan tepung gandum dan minyak mazola. Masukkan bahan yang telah dilarutkan dalam air.
2) Uli adunan hingga licin dan tak melekat pada tangan.
3) Tutup dengan tuala lembab dan biarkan hingga keesokan paginya.
4) Tumbuk adunan dan buang anginnya. Uli lagi hingga licin dan lembut.
5) Ambil sedikit adunan dan canaikan.
6) Potong bentuk memanjang 7x2 cm.
7) Guna lidi, celup dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
8) Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan,tekan sedikit di bahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
9) Ulangi proses dan goreng dengan minyak penuh dan api sederhana.

* Cakoi sangat sedap dimakan dengan kaya.


Sumber :www.myresipi.com
blog comments powered by Disqus