Hantar Resepi Anda

Cornflakes Coklat


BAHAN-BAHAN
100gm cornflakes
150gm coklat masakan (guna coklat yang tiada brand, boleh didapati di kedai pemborong barang kuih)
1 sudu minyak jagung (sebagai pengilat coklat)
coklat putih untuk hiasan (hiasan lain juga boleh digunakan seperti badam hancur)
paper cup secukupnya

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Masak coklat guna teknik ‘double boil’.
2) Bila dah hampir cair, masukkan minyak jagung.
3) Kacau sebati dan biar coklat benar-benar cair.
4) Ramas cornflakes, jangan terlalu hancur.
5) Campurkan ke dalam coklat yang dah dicairkan tadi.
6) Gaul sebati dan isi di dalam paper cup (kena cepat kerana coklat akan cepat mengeras).
7) Biar seketika sehingga coklat sudah mengeras.
8) Picitkan sedikit coklat putih cair dan biarkan sebentar.
9) Simpan di dalam bekas kedap udara.


Sumber: www.myresepi.com
blog comments powered by Disqus