Kuih Koci


BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG
2 cawan tepung pulut
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang
Minyak

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah
1 helai paun pandan - diikat
Garam secukup rasa

LANGKAH PENYEDIAAN :
Membuat adunan tepung:
1) Campurkan tepung pulut bersama garam. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau.
2) Masukkan air secukupnya. Gaul adunan membentuk doh.
3) Ambil sedikit doh dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan dengan kemas.
4) Di atas daun pisang, sapukan minyak kepada kuih dan bungkus kemas.
5) Kukus antara 15 hingga 20 minit atau hingga kuih masak.

Membuat intinya:
1) Panaskan periuk. Masukkan sedikit air dan gula merah, kacau hingga cair.
2) Masukkan daun pandan dan biar mereneh.
3) Masukkan kelapa parut dan garam. Gaul sebati dan biar hingga kuahnya kering.
4) Tutup api dan biarkan sejuk.


Sumber: www.trymasak.my
blog comments powered by Disqus