Kuih Keria / Kuih Gelang

BAHAN-BAHAN
Beberapa ketul ubi keledek
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Masukkan ubi keledek (dibuang kulit ), air, dan garam ke dalam periuk. Tutup periuk dan masak sehingga ubi keledek empuk.
2) Lenyekkan ubi keledek satu persatu hingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3) Campurkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
4) Bentukkan doh seperti donut kecil.
5) Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat gulanya,
1) Panaskan kuali dan masukkan ½ cawan gula dan 2 sudu air.
2) Kacau hingga likat dan berkristal putih.
3) Masukkan kuih tadi dan balik-balikkan hingga gula melekat.

Sumber: www.trymasak.my
blog comments powered by Disqus