Kari Kepala Ikan


BAHAN-BAHAN
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus kecil serbuk kari [bancuh dengan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2) Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh sehingga pecah minyak.
3) Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4) Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5) Kecilkan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
6) Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7) Hidangkan dengan nasi putih atau roti biasa/canai.


Sumber: hanieliza.fotopages.com
blog comments powered by Disqus