Ketayap


BAHAN-BAHAN ( 3-5 orang )
Untuk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 ½ cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 ½ sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Untuk inti:
½ biji kelapa parut
¾ cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

LANGKAH PENYEDIAAN :
Untuk inti:
1) Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2) Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.
3) Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit:
1) Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya.
2) Jika guna santan segera, hanya blend dengan daun pandan dan tapis.
3) Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
4) Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
5) Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
6) Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
7) Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
8) Siap untuk disantap.

*Cara gulung : lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.


Sumber: www.myresepi.com
blog comments powered by Disqus