Kerabu Sotong


BAHAN-BAHAN ( 2 orang makan )
300 gm sotong – potong cincin
1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
5 urat kacang panjang – dipotong anggaran 1-2 cm
1 biji tomato – dipotong kecil
1 batang serai – dihiris halus
2 biji cili merah – dicincang kasar
5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
3 sudu besar sos ikan
1 ½ biji limau nipis
Segenggam daun ketumbar
Gula nira (Kelantan) atau gula Melaka atau gula merah yang telah dicairkan dengan air – secukup rasa
Garam secukup rasa

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.
2) Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.
3) Kerabu ini enak dihidang apabila sejuk.
* Semua sukatan adalah anggaran, boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Elok dimasinkan sedikit supaya sesuai rasanya apabila dimakan dengan nasi putih. Ramuan rahsia untuk kerabu ini ialah gulanya, jangan pakai gula putih.
Sumber: www.myresepi.com
blog comments powered by Disqus