Hantar Resepi Anda

Sotong Kunyit


BAHAN-BAHAN
400gm sotong (saiz sederhana)- buang kulit dan dakwat sahaja, potong jika suka.
2 tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
2 ulas bawang merah*
1-2 ulas bawang putih*
1cm halia*
4 cm kunyit hidup*
1/2 sudu kecil belacan*
1 batang serai (dititik)
3-5 keping asam gelugor (bergantung kepada citarasa)
1 sudu garam, secubit gula, secubit perasa (semuanya bergantung pd citarasa masing2)

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat.
2) Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing. Masukkan asam gelugor dan serai. Kacau rata.
3) Kemudian, masukkan sotong dan kacau sehingga sebati.Masukkan sedikit air dan semua bahan perasa.
4) Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa.
*Untuk rasa lebih enak, letakkan daun kunyit yang dimayang halus.
Sumber: www.myresepi.com
blog comments powered by Disqus