BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan doh:
200-240gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
190-200ml air
Sedikit garam
Bahan-bahan inti kelapa:
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air
½ biji kelapa parut
50-60gm bijan
Minyak untuk menggoreng
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut.
2) Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut.
3) Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering.
4) Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam.
5) Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh.
6) Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit.
7) Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula.
8) Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat.
9) Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan.
10) Dan siap untuk dimakan.
*Petua untuk kuih bom tak meletup dan tak merekah:
1) Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2) Minyak jangan terlalu panas.
3) Jangan menggoreng terlalu lama.
4) Terus menggoreng selepas siap dibuat jangan dibiarkan pada suhu bilik.
Sumber: www.myresepi.com