Lepat Pisang


BAHAN-BAHAN
6 biji pisang(Emas/Berangan/Rastari/apa-apa pisang yang masak ranum)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar kelapa parut
2 sudu besar gula putih
1 sudu kecil gula merah (menjadikan warna lepat menarik)
Sedikit garam
Daun pisang

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Lenyekkan pisang dan masukkan ke dalam sebuah bekas yang besar sedikit
supaya mudah untuk menggaul semua bahan.
2) Masukkan ke semua bahan lain. Gaul sebati sehingga tidak berketul-ketul dan tidak terlalu lembik.
3) Layukan sedikit daun pisang di atas api (memudahkan melipatnya).
4) Masukkan adunan tadi ke dalam daun pisang dan lipat.
5) Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
blog comments powered by Disqus