Hantar Resepi Anda

Nasi Tomato


BAHAN-BAHAN
2 cawan beras (basuh dan toskan)
½ cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dimayang)
½ cawan bawang merah (dimayang)
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2¼ cawan air
1 cawan sos tomato

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Panaskan minyak sapi dan goreng bawang.
2) Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3) Masukkan beras, air dan garam biarkan mendidih.
4) Bila nasi hampir masak gaulkan tomato sos dan biarkan nasi tanak.
5) Hidangkan dengan potongan telur rebus, bawang goreng dan daun bawang.


Sumber: resepi masakan melayu
blog comments powered by Disqus