BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa kering
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar air lemon
1/2 cawan krim keju
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Satukan susu, gula, telur, kelapa kering, tepung, krim keju dan jus lemon dalam pengadun.
2) Pukul selama 5 minit.
3) Sapukan acuan dengan mentega atupun dan tuangkan adunan.
4) Bakar selama 45 minit pada suhu 180oC.
*Boleh juga semua bahan kecuali kelapa kering dimasukkan dalam mesin pengisar. Akhir sekali gaulkan kelapa kering. Senang saja. Adunan ini nampak sedikit bergentel kerana krim keju. Tak perlu risau, tuang saja dalam acuan dan bakar.
Sumber: www.sajionline.com.my