Semperit Bunga Cina


BAHAN-BAHAN

2 biji telur ayam
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gamdum
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan mentega
1/4 sudu sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh baking powder
susu pekat secukup lembut
50g kismis (hiasan)


LANGKAH PENYEDIAAN

Ayak tepung gandum dengan tepung jagung dan baking powder
Pukul gula dengan mentega hingga kembang
Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
Masukkan tepung ke dalam adunan gula gaulkan hingga rata
Tambahkan susu pekat secukupnya (hingga adunan lembut) sambil diuli hingga sebati
Masukkan adunan ke dalam acuan semperit dan tekankan ke atas dulang pembakar yang sudah disapukandengan sedikit mentega
Hiaskan atasnya dengan kismis
Setelah itu bolehlah dibakar hingga masak.
blog comments powered by Disqus